SMS Blasting adalah fungsi yang cukup popular dan meluas digunakan dalam pemasaran sms. SMS blasting membolehkan anda menghantar sms ke ribuan database pelanggan hanya semudah 1 klik.

Terdapat 2 kaedah bagaimana anda boleh menghantar sms blasting:

  1. Secara serta-merta (instant send)
  2. Menggunakan penghantaran berjadual menerusi Schedule SMS

Video tutorial ini akan fokus kepada kaedah pertama, menghantar sms blasting secara serta-merta (instant send).

 

Tips: Anda boleh create unlimited sms blasting ke mana-mana list yang anda nak sasarkan. Anda juga boleh menggunakan fungsi #tags# untuk personalise kepada nama penerima secara automatik.
 

Kaedah 1 : Cara setting sms blasting secara serta merta (instant send)..

  1. Pada menu utama klik pada Compose your SMS.
  2. Taipkan sms yang ingin dihantar diruangan composer tersebut.
  3. Anda boleh masukkan #tags# untuk personalise nama penerima. Sistem akan tukarkan #tags# secara automatik kepada nama penerima berdasarkan maklumat dari database anda.
  4. Klik back pada button smartphone anda (mesej anda akan di autosave)
  5. Pada menu utama, klik pada Send your SMS
  6. Select contacts list untuk memilih list yang anda ingin sasarkan.
  7. Klik pada butang Send untuk melakukan penghantaran serta-merta (kecuali blacklist & unsubscribe contact).
  8. Sistem akan paparkan prosess penghantaran sms blasting tersebut dan anda boleh semak dalam messaging.
  9. Anda juga boleh melihat perubahan dalam sent count dimana sistem akan rekodkan jumlah penghantaran kepada setiap list anda.

 

Nota: 160 character = 1 kredit. Sekiranya anda menaip lebih daripada 160 character, sms akan dihantar dalam bentuk 2 kredit. SMS yang dicaj adalah berdasarkan kredit, bukan character. Jumlah sebenar kredit bergantung kepada panjang character (termasuk tags).
 

Nota: Aplikasi ini menyokong penghantaran sms yang panjang, Sekiranya anda menaip lebih dari 1 kredit, penerima akan menerima SATU (1) saja sms dalam bentuk yang lebih panjang untuk mengelakkan penerima berasa jengkel dengan kehadiran 2-3 sms yang sama dihantar secara berturut-turut.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This