Kaedah ke 2 untuk melakukan sms blasting adalah dengan menerusi penghantaran berjadual. Secara asasnya ia mirip kepada fungsi menghantar sms secara serta-merta seperi kaedah 1 sebelum ini, tetapi bezanya adalah anda boleh setkan tarikh dan masa tertentu sebelum dihantar ke list anda.

Terdapat 2 cara untuk anda melakukan penghantaran berjadual:

  1. Menggunakan fungsi Schedule your sms
  2. Menggunakan fungsi Move to trigger.

Video tutorial ini akan fokus kepada fungsi Schedule your SMS.

 

Tips: Anda boleh create unlimited schedule sms untuk dihantar mana-mana list yang anda nak sasarkan berdasarkan tarikh dan masa yang anda tetapkan.
 

Cara setting sms blasting menggunakan Schedule your SMS

  1. Pada menu utama klik pada Schedule your SMS.
  2. Klik pada pada icon + pada menu.
  3. Pilih list yang anda ingin sasarkan.
  4. Taipkan sms yang ingin dihantar diruangan Message tersebut.
  5. Anda boleh masukkan #tags# untuk personalise nama penerima. Sistem akan tukarkan #tags# secara automatik kepada nama penerima berdasarkan maklumat dari database anda.
  6. Select trigger date and time untuk setkan tarikh dan masa penghantaran sms berjadual anda.
  7. Klik pada butang Ok.
  8. Pastikan anda thick pada Turn on schedule pada bahagian bawah screen untuk mengaktifkan sms berjadual tersebut.

p/s: Abaikan terlebih dahulu fungsi sent count dan continues after kerana setting ini agak advance. Kedua-dua fungsi ini akan diterangkan dalam topik yang lain nanti.

Anda boleh melihat paparan senarai schedule sms yang telah anda setkan sebentar tadi. Maklumat seperti tarikh, masa, kandungan, list dan status akan dipaparkan dengan jelas untuk memudahkan anda view dan monitor semula penghantaran sms berjadual anda,

Waiting – Dalam senarai menunggu. Sms akan dihantar sebaik sahaja setting tarikh dan masa trigger.
Running – SMS anda sedang dalam proses penghantaran.
Done – Sms telah berjaya dihantar.

 

Nota: Contact yang berada dalam senarai blacklist atau unsubscribe akan dikecualikan dari senarai penerima sms.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This