Webform (atau juga dikenali sebagai optin form) merupakan antara fungsi yang sangat hebat dan powerful dibangunkan dalam app Automation SMS ini. Fungsi ini tidak terdapat dalam mana-mana app didalam pasaran setakat ini dan merupakan yang pertama sekali dibangunkan khusus untuk pemasaran SMS.

Apabila anda menggunakan webform, anda telah pun mempunyai satu lagi kelebihan untuk mengumpul senarai database secara automatik tanpa perlu melakukan apa-apa setting pada manage subscriptions.

Kini anda boleh berinteraksi dengan database anda menerusi sms dan email dengan efektif!

 

Nota: Webform hanya khusus jika anda mempunyai website dan sangat membantu mengumpul database pelawat web anda secara automatik,

 

Setelah webform ini diletakkan didalam website, pelawat boleh mengisikan maklumat seperti nama, email dan nombor telefon mereka kedalam webform berkenaan. Sistem akan berhubung dengan smartphone anda untuk dihantar dan menyimpan database tersebut ke dalam list.

 

Tips: Anda masih boleh menggunakan webform ini untuk capture database walaupun anda tidak menggunakan autoresponder Mailerlite, Intergrasi bersama email autoresponder cuma optional saja!

 

 

Cara untuk menghasilkan webform:

  1. Pada menu utama, klik pada Webform
  2. Klik icon add new (+)
  3. Masukkan Tittle untuk dipaparkan di webform anda.
  4. Berikan subtitle yang bersesuaian
  5. Masukkan Button Title (seperti download sekarang).
  6. Masukkan Redirect URL atau Thank you message. Anda boleh berikan link thank you page atau masukkan text terima kasih. Jika dibiarkan kosong, default thank you message akan dipaparkan.
  7. Thick pada ketiga-tiga fields Phone, Email & Name. Anda juga boleh unthick mana-mana fields jika anda tidak mahu menggunakannya.
  8. Select pada Embed. Fungsi popup masih belum boleh digunakan.
  9. Pilih list mana yang anda nak simpan pada Add to list.

Seterusnya anda boleh…

  • Save & Preview – untuk save setting yang telah anda lakukan dan preview webform tersebut.
  • HTML Code- Klik untuk copy html code webform berkenaan untuk di paste di website.
  • Close – Untuk keluar ke menu utama webform

 

Cara untuk masukkan webform ke website.

  1. Login ke ruangan admin website anda.
  2. Sekiranya anda menggunakan page builder, anda boleh paste kan HTML Code webform yang telah anda save tadi ke dalam page builder module anda.
  3. Klik save dan publish page anda.
  4. Anda boleh melihat webform tersebut telah dipaparkan di website anda.
  5. Anda digalakkan untuk melakukan ujicuba keatas webform berkenaan untuk melihat keberkesanan webform tersebut.

 

Nota: Bergantung kepada jenis & sistem website anda, cara memasukkan webform yang ditunjukkan mungkin sedikit berbeza, Sila berhubung dengan developer anda untuk mendapatkan bantuan.

 

Tahniah, kini anda telah pun berjaya memasukkan webform ke dalam website anda! Ianya tidaklah sesukar yang anda bayangkan, semudah copy dan paste saja..

 

Tips: Sekiranya anda mahir dengan html code, anda boleh mengubahsuai layout webform tersebut mengikut kesukaan anda. .

 

Nota: Pastikan smartphone anda sentiasa mempunyai sambungan internet samada menggunakan data atau wifi untuk membolehkan sistem sentiasa berhubung. Jika anda terputus talian internet, data prospek akan disimpan buat sementara didalam server sehingga anda mempunyai sambungan talian internet semula,

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This