Fungsi Import Contacts membantu anda untuk import senarai database yang anda ada dengan cepat dan mudah ke dalam app Automation SMS.

Sekiranya anda mempunyai bilangan database yang agak besar, anda boleh compile semua data dan maklumat tersebut untuk di import sekaligus ke dalam list. Ia lebih mudah berbanding memasukkan setiap maklumat satu persatu secara manual. Sekaligus akan menjimatkan banyak masa dan tenaga anda.

 

Nota: Anda boleh menggunakan file berformat .csv atau .txt yang mengandungi header dan dipisahkan dengan koma (comma separated) untuk proses import.

 

Cara untuk import contacts:

A. Choose a list for new contacts

Pilih kempen list yang anda ingin import menerusi dropdown list tersebut. Database yang baru diimport nanti akan disimpan dalam list berkenaan

 

B. Select data source to be imported:

  1. Imported from external text file (gmail/outlook/yahoo/Automation SMS and other exported file) – Anda boleh import dari pelbagai sumber tersebut menerusi file berformat .csv atau .txt
  2. Import from your device contact – Proses paling mudah, tidak memerlukan sebarang file untuk diimport. Sistem akan import semua senarai contact dari phone book anda secara automatik. Anda juga boleh memilih untuk import contacts dari group tertentu jika ada.

 

C. Select operation:

Anda boleh memilih salah satu dari 4 senarai dibawah untuk menentukan jenis operasi yang akan berlaku semasa proses import dijalankan.

  1. Add to the list and subscribe new contacts – Contacts yang baru diimport akan di subscribe kedalam list tersebut dan statusnya akan ditandakan sebagai ‘active’ dan ‘subscribe’. Sekiranya contacts yang sama telah wujud, duplicate contacts mungkin akan wujud.
  2. Remove old contacts from the list and subscribe new contacts – Contacts yang baru diimport akan di subscribe kedalam list tersebut dan statusnya juga akan ditandakan sebagai ‘active’ dan ‘subscribe’. Sekiranya contacts yang sama telah wujud, data yang lama akan dipadamkan dan digantikan dengan data import yang baru. Duplicate contacts tidak wujud.
  3. Unsubscribe new contacts – Contacts yang baru akan diimport ke dalam list berkenaan tetapi statusnya akan ditandakan sebagai ‘unsubscribe’. Duplicate contacts mungkin akan wujud.
  4. Remove old contacts from the list and unsubscribe new contacts – Contacts yang telah wujud akan dipadamkan dari list terlebih dahulu. Contacts yang baru akan diimport ke dalam list berkenaan tetapi statusnya akan ditandakan sebagai ‘unsubscribe’. Duplicate contacts tidak wujud kerana data terdahulu telah dipadamkan.

 

D. Select duplicate check:

Anda boleh memilih untuk memeriksa contacts yang telah wujud didalam mana-mana kempen list anda samada untuk membenarkan atau tidak membenarkan duplicate contacts

  1. Thick – Jika anda tidak mahu import contacts yang telah wujud. Tiada duplicate contacts akan berlaku. (disarankan)
  2. Unthick – Jika anda mahu import contacts yang telah wujud. Duplicate contacts akan berlaku.

 

C. Sync contact to Mailerlite:

Anda boleh memilih untuk sync import contacts anda ke email autoresponder Mailerlite.

  1. Thick – Sekiranya anda mahu sync import contacts ke akaun Mailerlite anda. (Pastikan anda telah melakukan setting yang sepatutnya dan anda mempunyai langganan akaun Mailerlite yang aktif).
  2. Unthick – Jika anda tidak mahu sync import contacts ke akaun Mailerlite anda.

 

D. Select import type:

  1. Normal import – Operasi normal import
  2. Quick import – Disarankan untuk anda menggunakan quick import kerana fungsi ini lebih fleksibel dan menyokong kebanyakkan file import termasuk excel 2003, .csv, .txt dengan format pelbagai. (disarankan)

 

Rujukan tambahan.

Sekiranya anda kurang pasti format yang perlu digunakan untuk melakukan proses import, anda boleh download contoh format dibawah:

  1. Download full format spreadsheet disini. (Dalam format excel .csv)
  2. Download simple format disini. (Dalam format .txt)
  3. Download quick format disini. (Dalam format .txt)
Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This