Bypass SMS Limit

Tetapan standard untuk setiap smartphone android hanya limit kepada 100 sms per hours saja. Bermaksud, anda hanya boleh menghantar maksima 100 sms dalam tempoh sejam saja.

Apabila limit ini dicapai, smartphone anda akan berhenti menghantar sms tersebut secara automatik. Sekiranya anda ingin menghantar lebih banyak sms, beberapa jam diperlukan untuk melengkapkan penghantaran tersebut bergantung kepada berapa banyak jumlah sms yang ingin dihantar.

Untuk mengatasi masalah limit ini, anda boleh menggunakan fungsi Add On untuk bypass limit 100 sms per hour tersebut untuk membolehkan penghantar lebih besar dan lebih cepat dilakukan.

Tips: Add On membantu anda untuk bypass limit 100 sms per hours dan juga membantu mempercepatkan kadar penghantaran. 1 Add On akan bypass 100 sms limit. 5 Add On akan bypass 500 sms limit.
 
Contoh, sekiranya anda ingin menghantar 300 sms, anda perlu install sekurang-kurangnya 3 add on untuk bypass sms limit tersebut. Sekiranya anda ingin menghantar 550 sms, anda perlu install sekurang-kurangnya 6 add on.

Walau bagaimanapun Add On ini cuma optional saja, anda boleh abaikan fungsi Add On ini dan penghantaran sms masih boleh dilakukan seperti biasa. Tetapi masa yang lebih panjang diperlukan untuk melengkapkan penghantaran. Contohnya 300 sms memerlukan 3 – 4 jam untuk dihantar.

Tips: Anda boleh install sehingga 40 add on untuk bypass sehingga 4,000 sms per hours 
 
Nota: Berhati-hati ketika menggunakan fungsi Add On, anda berisiko untuk di BLOCK oleh carrier kerana melakukan penghantaran pukal secara mengejut. Aktiviti seperti ini sangat dicurigai oleh carrier kerana seringkali disalahguna oleh scammer dan spammer. Kami TIDAK bertanggungjawab jika anda di BLOCK!
 
Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Auto Follow Up

Auto Follow Up merupakan salah satu fungsi terhebat dan sangat powerful didalam Automation SMS dan tidak terdapat dalam mana-mana aplikasi yang lain. Auto follow up sangat berguna dalam pemasaran dan membantu dalam bisnes anda. Ianya juga dikenali sebagai set and forget.

Tips: Anda boleh create unlimited Auto Follow Up mesej. Anda juga boleh setkan mesej follow up untuk dihantar ke semua list ATAU menghantar spesifik sms kepada list tertentu.
 
Auto Follow Up berfungsi dalam membantu:

  1. Menghantar siri-siri sms yang disetkan secara automatik kepada database anda.
  2. Follow up prospek anda tanpa perlu anda menaip sms berulang-ulang kali.
  3. Sms promosi boleh dihantar secara konsisten dengan hanya setkan masa follow up.
  4. Menjimatkan banyak masa, kos dan tenaga berbanding melakukannya secara manual.
  5. Dan pelbagai kelebihan lagi.

Langkah-langkah setting Auto Follow Up:

  1.  Pada menu utama, klik pada Auto Follow Up
  2. klik pada icon + untuk menambah Follow Up
  3. Pilih list yang anda inginkan
  4. Pastikan anda thick pada Active untuk aktifkan mesej follow up.
  5. Taipkan mesej follow up anda diruangan yang disediakan.
  6. Setkan bila sms follow up ini akan dihantar, samada hari, jam atau minit.
  7. Klik Ok.
  8. Anda boleh ulang proses diatas untuk create lebih banyak mesej follow up.

Nota: Mesej Auto Follow Up akan trigger berdasarkan pada tarikh dan masa contact anda subscribe ke dalam list anda. Setkan minima 5 minit kerana apps akan periksa setiap 5 minit. Setting yang ideal adalah setiap 2-3 hari sekali.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

History Activities

History activities akan menyimpan dan merekodkan maklumat penghantaran sms kepada database anda. History activities akan:

  1. Menyimpan rekod dan statistik penghantaran sms samada berjaya atau gagal dihantar.
  2. Resend kembali sms gagal dihantar.

Secara asasnya, anda boleh melihat status penghantaran sms untuk 3 kategori berikut:

  1. Sms blasting menggunakan kaedah serta-merta (instant send)
  2. Sms berjadual menggunakan kaedah Schedule your sms
  3. Sms berjadual menggunakan fungsi Move to trigger

Fungsi menu:

  1. Melihat kandungan mesej yang dihantar.
  2. Menunjukkan status penghantaran sms termasuk sms yang berjaya dan gagal dihantar.
  3. Memaparkan senarai contact yang berjaya dihantar
  4. Memaparkan senarai contact yang gagal dihantar
  5. Menghantar kembali (resend) sms yang gagal dihantar
  6. Carian rekod sms. Masukkan nombor telefon untuk carian penghantaran.
  7. Export data contact yang telah dihantar.
  8. Menghantar kembali (resend) menggunakan fungsi schedule your sms. (Tarikh dan masa perlu disetkan)
  9. Sekiranya bertanda thick di permulaan senarai, bermaksud penghantaran telah selesai.
  10. Sekiranya simbol ‘continue’, sms dalam proses penghantaran atau terdapat sms yang gagal dihantar. Anda boleh resend kembali menggunakan fungsi 5 atau 8.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Schedule SMS – Fungsi Move To Trigger

Menggunakan fungsi Move to trigger adalah salah satu cara lagi yang boleh anda gunakan untuk melakukan sms blasting secara berjadual.

Secara asasnya ia adalah gabungan kepada fungsi menghantar sms secara serta-merta dan schedule your sms. Bezanya adalah, anda menggunakan fungsi compose your sms dan kemudian anda perlu setkan tarikh dan masa penghantaran menerusi fungsi schedule your sms.

Walaubagaimana pun, cara ini lebih panjang panjang. Anda disaranakan untuk menggunakan kaedah 1 atau 2 yang telah diterangkan sebelum ini kerana ia lebih ringkas dan mudah memandangkan objektifnya adalah sama. Tetapi, terpulang pada pilihan anda untuk gunakan mana-mana saja cara yang telah diterangkan.

Video tutorial ini akan fokus kepada fungsi Move to trigger untuk penghantaran sms blasting secara berjadual.

Cara setting sms blasting menggunakan Move to trigger:

  1. Pada menu utama klik pada Compose your SMS.
  2. Taipkan sms yang ingin dihantar diruangan composer tersebut.
  3. Anda boleh masukkan #tags# untuk personalise nama penerima. Sistem akan tukarkan #tags# secara automatik kepada nama penerima berdasarkan maklumat dari database anda.
  4. Klik back pada button smartphone anda (mesej anda akan di autosave)
  5. Pada menu utama, klik pada Send your SMS
  6. Select contacts list untuk memilih list yang anda ingin sasarkan.
  7. Klik pada butang Move to trigger. SMS anda akan dipindahkan ke dalam fungsi Shedule your sms dan anda perlu setkan tarikh dan masa terlebih dahulu.
  8. Klik back pada button smartphone anda.
  9. Pada menu utama, klik pada Shedule your sms.
  10. Pada senarai yang dipaparkan, klik pada list yang baru anda create tadi.
  11. Klik pada Edit (icon pensil) untuk edit.
  12. Select trigger date and time untuk setkan tarikh dan masa penghantaran sms blasting anda.
  13. Klik pada butang Ok.

p/s: Abaikan terlebih dahulu fungsi sent count dan continues after kerana setting ini agak advance. Kedua-dua fungsi ini akan diterangkan dalam topik yang lain.

Tips: Anda tak perlu menaip semula sms anda dalam bahagian Schedule your sms kerana aplikasi akan grab mesej yang telah anda taipkan dibahagian compose your sms secara automatik.
 
Anda boleh melihat paparan senarai schedule sms yang telah anda setkan sebentar tadi. Maklumat seperti tarikh, masa, kandungan, list dan status akan dipaparkan dengan jelas untuk memudahkan anda menyemak setiap penghantaran.

Waiting – Dalam senarai menunggu. Sms akan dihantar sebaik sahaja setting tarikh dan masa trigger.
Running – SMS anda sedang dalam proses penghantaran.
Done – Sms telah berjaya dihantar

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Schedule SMS

Kaedah ke 2 untuk melakukan sms blasting adalah dengan menerusi penghantaran berjadual. Secara asasnya ia mirip kepada fungsi menghantar sms secara serta-merta seperi kaedah 1 sebelum ini, tetapi bezanya adalah anda boleh setkan tarikh dan masa tertentu sebelum dihantar ke list anda.

Terdapat 2 cara untuk anda melakukan penghantaran berjadual:

  1. Menggunakan fungsi Schedule your sms
  2. Menggunakan fungsi Move to trigger.

Video tutorial ini akan fokus kepada fungsi Schedule your SMS.

Tips: Anda boleh create unlimited schedule sms untuk dihantar mana-mana list yang anda nak sasarkan berdasarkan tarikh dan masa yang anda tetapkan.
 
Cara setting sms blasting menggunakan Schedule your SMS

  1. Pada menu utama klik pada Schedule your SMS.
  2. Klik pada pada icon + pada menu.
  3. Pilih list yang anda ingin sasarkan.
  4. Taipkan sms yang ingin dihantar diruangan Message tersebut.
  5. Anda boleh masukkan #tags# untuk personalise nama penerima. Sistem akan tukarkan #tags# secara automatik kepada nama penerima berdasarkan maklumat dari database anda.
  6. Select trigger date and time untuk setkan tarikh dan masa penghantaran sms berjadual anda.
  7. Klik pada butang Ok.
  8. Pastikan anda thick pada Turn on schedule pada bahagian bawah screen untuk mengaktifkan sms berjadual tersebut.

p/s: Abaikan terlebih dahulu fungsi sent count dan continues after kerana setting ini agak advance. Kedua-dua fungsi ini akan diterangkan dalam topik yang lain nanti.

Anda boleh melihat paparan senarai schedule sms yang telah anda setkan sebentar tadi. Maklumat seperti tarikh, masa, kandungan, list dan status akan dipaparkan dengan jelas untuk memudahkan anda view dan monitor semula penghantaran sms berjadual anda,

Waiting – Dalam senarai menunggu. Sms akan dihantar sebaik sahaja setting tarikh dan masa trigger.
Running – SMS anda sedang dalam proses penghantaran.
Done – Sms telah berjaya dihantar.

Nota: Contact yang berada dalam senarai blacklist atau unsubscribe akan dikecualikan dari senarai penerima sms.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

SMS Blasting

SMS Blasting adalah fungsi yang cukup popular dan meluas digunakan dalam pemasaran sms. SMS blasting membolehkan anda menghantar sms ke ribuan database pelanggan hanya semudah 1 klik.

Terdapat 2 kaedah bagaimana anda boleh menghantar sms blasting:

  1. Secara serta-merta (instant send)
  2. Menggunakan penghantaran berjadual menerusi Schedule SMS

Video tutorial ini akan fokus kepada kaedah pertama, menghantar sms blasting secara serta-merta (instant send).

Tips: Anda boleh create unlimited sms blasting ke mana-mana list yang anda nak sasarkan. Anda juga boleh menggunakan fungsi #tags# untuk personalise kepada nama penerima secara automatik.
 
Kaedah 1 : Cara setting sms blasting secara serta merta (instant send)..

  1. Pada menu utama klik pada Compose your SMS.
  2. Taipkan sms yang ingin dihantar diruangan composer tersebut.
  3. Anda boleh masukkan #tags# untuk personalise nama penerima. Sistem akan tukarkan #tags# secara automatik kepada nama penerima berdasarkan maklumat dari database anda.
  4. Klik back pada button smartphone anda (mesej anda akan di autosave)
  5. Pada menu utama, klik pada Send your SMS
  6. Select contacts list untuk memilih list yang anda ingin sasarkan.
  7. Klik pada butang Send untuk melakukan penghantaran serta-merta (kecuali blacklist & unsubscribe contact).
  8. Sistem akan paparkan prosess penghantaran sms blasting tersebut dan anda boleh semak dalam messaging.
  9. Anda juga boleh melihat perubahan dalam sent count dimana sistem akan rekodkan jumlah penghantaran kepada setiap list anda.

Nota: 160 character = 1 kredit. Sekiranya anda menaip lebih daripada 160 character, sms akan dihantar dalam bentuk 2 kredit. SMS yang dicaj adalah berdasarkan kredit, bukan character. Jumlah sebenar kredit bergantung kepada panjang character (termasuk tags).
 
Nota: Aplikasi ini menyokong penghantaran sms yang panjang, Sekiranya anda menaip lebih dari 1 kredit, penerima akan menerima SATU (1) saja sms dalam bentuk yang lebih panjang untuk mengelakkan penerima berasa jengkel dengan kehadiran 2-3 sms yang sama dihantar secara berturut-turut.