Intergration Overview

Fungsi Intergration merupakan fungsi paling terkini dan terbaru yang telah dibangunkan dalam Automation SMS dan tidak terdapat pada mana-mana aplikasi yang lain.

Fungsi ini merupakan fungsi yang cukup hebat kerana anda boleh integrasikan pemasaran sms dan pemasaran email secara serentak. Kini anda boleh menjalankan pemasaran yang cukup berkesan dan efektif menggunakan 2 platform pemasaran sms dan email bersama-sama.

Malierlite adalah salah satu penyedia email autoresponder yang terkenal untuk melakukan pemasaran email dan telah diintergasikan kedalam Automation SMS. Anda perlu mendaftarkan akaun secara percuma terlebih dahulu untuk menggunakan fungsi ini. Sekiranya anda belum mendaftar, klik disini untuk mendaftar.

Kelebihan fungsi intergration ini.

  1. Membantu anda menjalankan pemasaran email bersama dengan pemasaran sms.
  2. Memudahkan anda mencapai prospek/database menerusi satu lagi platform pemasaran yang efektif.
  3. Menyimpan dan mengumpul database (contacts/subscriber) ke dalam 2 platform pemasaran yang berbeza secara automatik.
  4. Melakukan pemasaran (seperti sms blasting, email broadcasting, automatik follow up) di kedua-dua platform secara serentak.

 

Tips: Pemasaran email juga merupakan salah satu kaedah pemasaran database menerusi saluran email. Email juga merupakan teknik yang sangat powerful dan efektif dalam menghasilkan jualan dan pemasaran. Anda juga amat disarankan untuk turut melakukan pemasaran email!
Hanya Mailerlite saja yang boleh diintergrasikan setakat ini. Servis lain mungkin akan ditambah pada masa akan datang.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Manage Unsubscriptions

Oleh kerana Automation SMS berkeupayaan untuk capture database anda secara automatik menerusi fungsi Manage Subscriptions dan fungsi Webform, ia juga sebenarnya berkeupayaan untuk melakukan unsubscriptions secara automatik.

Fungsi yang agak hebat ini, menjimatkan masa dan tenaga anda dari melakukan proses unsubscribe secara manual kepada database yang mungkin tidak lagi berminat untuk menerima sebarang bentuk pemasaran sms daripada anda.

Mereka boleh unsubscribe secara automatik dengan hanya menghantar satu sms mudah kepada anda!

A. Select auto unsubscribe option.

Anda boleh mengarahkan sistem untuk melakukan operasi berikut sekiranya app mengesan unsubscribe sms.

  1. Remove unsubscribe phone form all of the list – Maklumat unsubscriber tersebut akan dipadamkan dari semua senarai kempen list anda. (Disarankan).
  2. Just unsubscribe phone from all of the list – Contacts tersebut akan di unsubscribe dari semua senarai kempen list anda tetapi masih kekal disimpan dalam database anda. Anda masih boleh melihat data dan maklumat unsubscriber telah ditandakan merah ‘X’.

 

Nota: Dalam kedua-dua keadaan diatas, nombor telefon unsubscriber berkenaan juga akan turut disenaraikan dalam Manage Blacklist. Unsubscriber tersebut tidak boleh kembali subscribe ke dalam kempen list anda melainkan anda remove nombor telefon tersebut secara manual.

 

B. Unsubscribe keywords.

Secara default, anda boleh melihat senarai unsubscribe keyword yang telah tersedia untuk anda. Anda juga boleh menambah lebih banyak keyword yang bersesuaian dan perlu dipisahkan dengan koma (comma separated). App Automation SMS akan mengesan keyword berkenaan dan menjalankan proses unsubscribe secara automatik.

 

Tips: Sebaiknya anda berikan arahan yang jelas kepada setiap database anda supaya proses unsubscribe secara automatik ini boleh dilakukan oleh mereka sendiri dengan lancar. Mereka cuma perlu menghantar satu sms mudah! 

 

  1. Match exactly keyword/key phrase (case insensitive) – SMS yang diterima mesti tepat dan sama seperti unsubscribe keyword.
  2. Contains keyword/key phrase (case insensitive) – SMS yang diterima mesti mengandungi tetpi tidak semestinya tepat seperti unsubscribe keyword.

 

D. Unsubscribe reply message

Anda boleh setkan sms ringkas dibahagian ini untuk di reply kepada unsubscriber tersebut. Ini merupakan sms terakhir yang akan diterima kerana selepas di unsubscribe dan diletakkan dalam senarai Manage Blacklist, mereka tidak lagi akan menerima apa-apa sms dari anda pada masa akan datang. Fungsi ini menyamai fungsi autoreply.

Walau bagaimanapun, reply message ini adalah optional saja, dan anda boleh biarkan kosong sekiranya anda berhasrat untuk tidak menghantar apa-apa sms reply.

 

D. Forward unsubscribed number to

Fungsi ini merupakan fungsi advanced, dan ia sangat sesuai untuk anda yang mempunyai lebih dari satu installation app Automation SMS. Contohnya anda install app Automation SMS ke dalam 2-3 smartphone android yang berbeza.

Situasi sebegini kebiasaannya jika anda mempunyai ramai staff atau team yang membantu dalam aktiviti pemasaran anda.

Fungsi ini membolehkan anda melakukan proses unsubscribe secara automatik kepada semua samrtphone tersebut. Apabila Automation SMS mengesan sms yang mengandungi unsubscribe keyword, nombor berkenaan diforward kepada semua smartpone tersebut untuk turut sama melakukan proses unsubscribe secara automatik.

Pastikan anda thick pada Turn on auto unsubscribe untuk mengaktifkan fungsi ini.

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Manage Blacklist

Fungsi Manage Blacklist berfungsi untuk menyenaraikan nombor telefon yang telah disenaraihitamkan (disekat atau dibanned) daripada menerima sebarang bentuk sms yang bakal anda hantarkan.

Nombor yang disenaraikan didalam Manage Blacklist ini akan disekat daripada menerima:

  1. SMS Pukal
  2. SMS Autoreply
  3. SMS Follow Up
  4. SMS Berjadual

 

Anda boleh menguruskan Manage Blacklist ini dengan cara:

A. Menerusi fungsi ‘unsubscribe’ pada menu didalam ‘Manage Group and Contacts’.

  1. Klik pada ‘Manage Group and Contacts’.
  2. Klik pada contacts yang anda mahu senaraihitamkan.
  3. Pada menu dibahagian atas, klik pada ‘unsubscribe’.
  4. Biarkan secara default thick paa Also unsubscribe from the other lists and move to blacklist.
  5. Sistem akan turut menyemak pada keseluruhan campaign list anda dan sekiranya ada, contacts tersebut juga akan diblacklist.

 

B. Menaip ke dalam ruangan Manage Blacklist.

  1. Anda boleh terus menaip nombor secara manual didalam menu Manage Blacklist ini.
  2. Klik Save.

 

Anda boleh mempertimbangkan untuk menyenaraihitamkan maklumat yang disyaki palsu dan tidak sahih. Biasanya terjadi jika anda menggunakan fungsi autosubscription seperti Autoreply dan Webform.

 

Tips: Fungsi Manage Blacklist membantu anda menjimatkan kos kredit sms anda dibazirkan dari menghantar ke senarai nombor telefon palsu atau tidak wujud.

 

Nota: Automation SMS juga akan turut menyenaraikan mana-mana database anda yang menghantarkan sms unsubsciptions kepada anda. (Akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam fungsi Manage Unsubscriptions nanti).

 

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Fungsi Continue After

Didalam menu Schedule Your SMS, terdapat satu fungsi tambahan iaitu fungsi Continue after untuk membantu anda mengawal penghantaran sms berjadual secara berperingkat terutama sekali jika melibatkan proses penghantaran yang besar.

Fungsi continue after membantu:

  1. Menghantar sms berjadual yang besar secara berperingkat dalam kuantiti yang lebih kecil.
  2. Memanjangkan tempoh penghantaran untuk mengurangkan risiko di blok.
  3. Memastikan semua sms berjaya dihantar dan dalam yang sama dengan mengawal penghantaran yang selamat.

Langkah setting continue after:

  1. Klik pada menu, Schedule your SMS.
  2. Klik pada icon + untuk add new schedule.
  3. Pada bahagian continue after, masukkan nilai (dalam minit). Default setting adalah 0.
    (0 bermaksud abaikan (disable) fungsi ini).
  4. Anda juga perlu berikan tetapan didalam menu Send SMS > Number of SMS for each sending. Masukkan nilai maksima sms yang hendak dihadkan.

 

Tips: Untuk boleh setkan berapa saja nilai (dalam minit) yang dikehendaki. Contoh 30 minit, 60 minit, 90 minit, 120 minit dan sebagainya, Setting yang ideal adalah 60 minit.
 

Nota: Pastikan anda setkan pada menu Send SMS > Number of SMS for each sending untuk menetapkan had maksima penghantaran.
 

Contoh: Sekiranya anda ingin menghantar sejumlah 500 sms, dimana setting continue after adalah 60 minit dan Number of SMS for each sending dihadkan kepada 200 sms, maka penghantaran adalah seperti berikut:

  • Peringkat pertama: 200 sms dihantar, dan akan bersambung semula selepas 1 jam.
  • Peringkat kedua: 200 sms lagi dihantar, dan akan bersambung semula selepas 1 jam.
  • Peringkat ketiga: Baki 100 sms lagi dihantar.

Oleh itu, jumlah 500 sms tersebut dihantar dalam 3 peringkat dan mengambil masa sekitar 2 – 3 jam.

 

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Advanced Configuration

Advanced configuration mempunyai beberapa setting tambahan untuk mengawal penghantaran sms berjadual atau sms pukal anda supaya anda boleh melakukan penghantaran yang selamat.

Advanced configuration ini akan membantu anda:

  1. Mengelakkan dan mengurangkan risiko di blok oleh pihak telco atau carrier
  2. Mengawal penggunaan kos kredit sms anda.
  3. Menghadkan penghantaran yang tidak terkawal dalam satu masa.

 

Setting yang terdapat dalam advanced configuration:

  1. Country code – Ditetapkan secara automatik sekiranya device yang anda gunakan mempunyai simkad. Jika tidak, anda perlu masukkan country code anda secara manual.
  2. Add country code to phone number: (1) – Sekiranya anda thick bahagian ini, country code akan ditetapkan sebagai prefixed didalam nombor telefon anda. (Default: unthick)
  3. Remove ‘0’ leading if (1) is checked – Untuk sesetengah negara, dimana country code adalah prefixed, anda boleh thick untuk membuang ‘0’ diawalan nombor. Jika di unthick, ‘0’ country code prefixed akan dikekalkan. (Default: thick)
  4. Show message in inboxThick untuk paparkan text sms yang dihantar bagi setiap list didalam inbox atau sistem mesej.
  5. Connections – Mengagihkan kepada beberapa saluran penghantaran untuk mengimbangi jumlah penghantaran dalam satu masa. (Default: 1)
  6. Timeout (seconds)Timeout penghantaran. Hanya untuk Twilio saja. (Default: 30)
  7. Number of SMS for each sending – Hentikan atau hadkan penghantaran secara automatik selepas mencapai jumlah tertentu. (0 bermaksud unlimited, tiada had penghantaran)
  8. Pause between two messages: Setkan masa (dalam saat) untuk menjarakkan penghantaran diantar setiap sms. Setting yang disarankan adalah diantara 7s – 30s jarak kelegaan diantara sms. (Default: 1)
  9. Number of attempts in case fo error – Atas banyak faktor, kadangkala sms gagal dihantar kepada penerima anda. Fungsi ini membolehkan aplikasi untuk mencuba lagi beberapa kali penghantaran (resend) sms tersebut. Maksima setting adalah 2.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Send Configuration

Send Configuration adalah tetapan untuk anda memilih bagaimana cara penghantaran sms anda dilakukan.

2 jenis kaedah penghantaran yang boleh anda tetapkan:

  1. Using your device simcard
  2. Using Twilio cloud service.

Using your device simcard – Simkad anda akan digunakan sebagai kaedah penghantaran. Caj sms dikenakan oleh pihak carrier/telco dan sms akan menggunakan nombor telefon anda.

Using Twilio cloud service – Penghantaran sms akan dilakukan oleh pihak Twilio. Anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu dan melanggan kredit sms atau plan yang disediakan.

 

Nota: Twilio adalah penyedia sms pukal dari luar negara. Nombor yang digunakan adalah dari luar negara dan dihantar menerusi server mereka.
 

Sekiranya anda ingin menggunakan Twilio, anda perlu setkan maklumat akaun anda ke dalam Automation SMS.

  1. Account SID: Login ke dalam akaun Twilio dan copy ID anda contohnya, AC81a..bbc00e58667f  (sebeum ‘.’ tersebut)
  2. Auth Token: Copy token ID yang diberikan contohnya, d2d1f09a4…fa407 (selepas ‘.’ tersebut).
  3. Twilio caller ID: Nombor telefon yang disediakan oleh pihak Twilio (contoh: +16602240055)
  4. Version: Biarkan secara default.

 

Nota: Jika anda menggunakan pilihan pertama Using your device simcard diatas, anda boleh abaikan setting Twilio tersebut.
 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)