Menggunakan fungsi Move to trigger adalah salah satu cara lagi yang boleh anda gunakan untuk melakukan sms blasting secara berjadual.

Secara asasnya ia adalah gabungan kepada fungsi menghantar sms secara serta-merta dan schedule your sms. Bezanya adalah, anda menggunakan fungsi compose your sms dan kemudian anda perlu setkan tarikh dan masa penghantaran menerusi fungsi schedule your sms.

Walaubagaimana pun, cara ini lebih panjang panjang. Anda disaranakan untuk menggunakan kaedah 1 atau 2 yang telah diterangkan sebelum ini kerana ia lebih ringkas dan mudah memandangkan objektifnya adalah sama. Tetapi, terpulang pada pilihan anda untuk gunakan mana-mana saja cara yang telah diterangkan.

Video tutorial ini akan fokus kepada fungsi Move to trigger untuk penghantaran sms blasting secara berjadual.

Cara setting sms blasting menggunakan Move to trigger:

  1. Pada menu utama klik pada Compose your SMS.
  2. Taipkan sms yang ingin dihantar diruangan composer tersebut.
  3. Anda boleh masukkan #tags# untuk personalise nama penerima. Sistem akan tukarkan #tags# secara automatik kepada nama penerima berdasarkan maklumat dari database anda.
  4. Klik back pada button smartphone anda (mesej anda akan di autosave)
  5. Pada menu utama, klik pada Send your SMS
  6. Select contacts list untuk memilih list yang anda ingin sasarkan.
  7. Klik pada butang Move to trigger. SMS anda akan dipindahkan ke dalam fungsi Shedule your sms dan anda perlu setkan tarikh dan masa terlebih dahulu.
  8. Klik back pada button smartphone anda.
  9. Pada menu utama, klik pada Shedule your sms.
  10. Pada senarai yang dipaparkan, klik pada list yang baru anda create tadi.
  11. Klik pada Edit (icon pensil) untuk edit.
  12. Select trigger date and time untuk setkan tarikh dan masa penghantaran sms blasting anda.
  13. Klik pada butang Ok.

p/s: Abaikan terlebih dahulu fungsi sent count dan continues after kerana setting ini agak advance. Kedua-dua fungsi ini akan diterangkan dalam topik yang lain.

 

Tips: Anda tak perlu menaip semula sms anda dalam bahagian Schedule your sms kerana aplikasi akan grab mesej yang telah anda taipkan dibahagian compose your sms secara automatik.
 

Anda boleh melihat paparan senarai schedule sms yang telah anda setkan sebentar tadi. Maklumat seperti tarikh, masa, kandungan, list dan status akan dipaparkan dengan jelas untuk memudahkan anda menyemak setiap penghantaran.

Waiting – Dalam senarai menunggu. Sms akan dihantar sebaik sahaja setting tarikh dan masa trigger.
Running – SMS anda sedang dalam proses penghantaran.
Done – Sms telah berjaya dihantar

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)