Maintenance membolehkan anda melakukan 3 jenis operasi iaitu:

  1. Backup
  2. Restore
  3. Empty device inbox.

Untuk fungsi backup dan restore, anda mempunyai pilihan samada melakukannya secara manual atau automatik.

 

1. Backup.

Anda boleh memilih mana-mana option dibawah untuk melakukan backup.

  1. All contact list – untuk melakukan backup kepada database didalam setiap kempen list anda.
  2. All history and trigger – untuk melakukan backup kepada sms blasting & schedule.
  3. Everything (Include blacklist) – melakukan backup kepada semua data yang tersimpan didalam app termasuk sms, database, blacklist dan segala setting yang telah anda lakukan. – DISARANKAN…

Cara melakukan backup.

  1. Pilih option terakhir yang disarankan iaitu Everything (include blacklist) untuk anda backup keseluruhan data yang tersimpan.
  2. Select operation > Do backup
  3. Klik Run.
  4. Pilih folder tertentu yang anda simpan, atau simpan didalam root directory secara default.
  5. Berikan apa-apa nama yang mudah untuk anda ingati.
  6. Klik Save..
  7. Selesai! File anda telah dibackup dalam format .zip.

 

2. Restore

Sekiranya anda ingin kembali ke setting asal atau tetapan terdahulu, anda boleh menggunakan fungsi restore. Sistem akan overwrite semua data kepada setting terdahulu. Pastikan anda telah mempunyai sekurang-kurangnya satu file yang telah dibackup!

Cara melakukan restore.

  1. Ikuti seperti langkah melakukan backup diatas.
  2. Pada Select operation > Do restore
  3. Klik Run.
  4. Pilih file backup yang anda nak restore.
  5. Klik OK, dan sistem akan overwrite kepada setting terdahulu mengikut setting file backup tersebut..

 

AMARAN: Berhati-hati apabila melakukan restore terutama sekali sekiranya anda sedang aktif menjalankan kempen pemasaran atau mengumpul database. Anda mungkin akan kehilangan data terkini sekiranya anda tidak melakukan backup!

 

Backup frequency.

Backup frequency adalah kaedah untuk anda melakukan backup secara automatik. Berbeza dengan kaedah backup dan restore diatas lebih menjurus kepada melakukan backup secara manual.

Anda sangat disarankan untuk menggunakan fungsi backup frequency ini untuk mengaktifkan fungsi automatik backup supaya anda kekal selamat sekiranya berlaku sebarang masalah diluar jangkaan.

Anda boleh memilih untuk;

  1. Daily backup – Melakukan automatik backup setiap hari. (disarankan)
  2. Weekly backup – Melakukan automatik backup setiap minggu.
  3. Kedua-duanya sekali.

1. Daily Backup – Anda boleh setkan masa bilakah sistem akan menjalankan operasi automatik backup. Untuk mengubah setting masa, anda boleh hold click beberapa saat pada masa tersebut, dan paparan setting masa akan muncul.

2. Weekly Backup – Anda boleh setkan hari dan juga masa bilakah sistem akan menjalankan operasi automatik backup. Untuk mengubah setting hari dan masa, anda boleh hold click beberapa saat pada masa tersebut, dan paparan setting hari dan masa akan muncul.

 

C. Empty Device Inbox.

Fungsi ini membantu anda melakukan pemadaman (delete atau clean up) sms dengan cepat dan pantas ke atas inbox messaging anda. Ianya sangat bermanfaat untuk digunakan sekiranya anda mempunyai begitu banyak sms yang tersimpan didalam inbox messaging anda.

 

Nota: Menyimpan terlalu banyak sms didalam inbox anda boleh menyebabkan smartphone anda menjadi berat dan perlahan. Sebaiknya lakukan pembersihan sekali-sekala supaya penggunaan memory smartphone anda dapat dijimatkan. Ianya juga membantu mengekalkan prestasi terbaik smartphone anda.

 

Anda boleh memilih untuk melakukan pemadamam:

  1. Only read or sent messages – Melakukan pemadaman untuk sms yang telah dibaca dan sms yang telah dihantar.
  2. Only unread messages – Melakukan pemadaman untuk sms yang belum dibaca.
  3. Ruangan Message must contains – Melakukan pemadamam sms yang mengandungi keyword atau perkataan tertentu.
  4. Melakukan pemadaman berdasarkan tarikh tertentu. Anda boleh melakukan pemadaman sms dengan memasukkan tarikh tertentu yang lebih spesifik di dalam ruangan kotak from date – to date.

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)