Oleh kerana Automation SMS berkeupayaan untuk capture database anda secara automatik menerusi fungsi Manage Subscriptions dan fungsi Webform, ia juga sebenarnya berkeupayaan untuk melakukan unsubscriptions secara automatik.

Fungsi yang agak hebat ini, menjimatkan masa dan tenaga anda dari melakukan proses unsubscribe secara manual kepada database yang mungkin tidak lagi berminat untuk menerima sebarang bentuk pemasaran sms daripada anda.

Mereka boleh unsubscribe secara automatik dengan hanya menghantar satu sms mudah kepada anda!

A. Select auto unsubscribe option.

Anda boleh mengarahkan sistem untuk melakukan operasi berikut sekiranya app mengesan unsubscribe sms.

  1. Remove unsubscribe phone form all of the list – Maklumat unsubscriber tersebut akan dipadamkan dari semua senarai kempen list anda. (Disarankan).
  2. Just unsubscribe phone from all of the list – Contacts tersebut akan di unsubscribe dari semua senarai kempen list anda tetapi masih kekal disimpan dalam database anda. Anda masih boleh melihat data dan maklumat unsubscriber telah ditandakan merah ‘X’.

 

Nota: Dalam kedua-dua keadaan diatas, nombor telefon unsubscriber berkenaan juga akan turut disenaraikan dalam Manage Blacklist. Unsubscriber tersebut tidak boleh kembali subscribe ke dalam kempen list anda melainkan anda remove nombor telefon tersebut secara manual.

 

B. Unsubscribe keywords.

Secara default, anda boleh melihat senarai unsubscribe keyword yang telah tersedia untuk anda. Anda juga boleh menambah lebih banyak keyword yang bersesuaian dan perlu dipisahkan dengan koma (comma separated). App Automation SMS akan mengesan keyword berkenaan dan menjalankan proses unsubscribe secara automatik.

 

Tips: Sebaiknya anda berikan arahan yang jelas kepada setiap database anda supaya proses unsubscribe secara automatik ini boleh dilakukan oleh mereka sendiri dengan lancar. Mereka cuma perlu menghantar satu sms mudah! 

 

  1. Match exactly keyword/key phrase (case insensitive) – SMS yang diterima mesti tepat dan sama seperti unsubscribe keyword.
  2. Contains keyword/key phrase (case insensitive) – SMS yang diterima mesti mengandungi tetpi tidak semestinya tepat seperti unsubscribe keyword.

 

D. Unsubscribe reply message

Anda boleh setkan sms ringkas dibahagian ini untuk di reply kepada unsubscriber tersebut. Ini merupakan sms terakhir yang akan diterima kerana selepas di unsubscribe dan diletakkan dalam senarai Manage Blacklist, mereka tidak lagi akan menerima apa-apa sms dari anda pada masa akan datang. Fungsi ini menyamai fungsi autoreply.

Walau bagaimanapun, reply message ini adalah optional saja, dan anda boleh biarkan kosong sekiranya anda berhasrat untuk tidak menghantar apa-apa sms reply.

 

D. Forward unsubscribed number to

Fungsi ini merupakan fungsi advanced, dan ia sangat sesuai untuk anda yang mempunyai lebih dari satu installation app Automation SMS. Contohnya anda install app Automation SMS ke dalam 2-3 smartphone android yang berbeza.

Situasi sebegini kebiasaannya jika anda mempunyai ramai staff atau team yang membantu dalam aktiviti pemasaran anda.

Fungsi ini membolehkan anda melakukan proses unsubscribe secara automatik kepada semua samrtphone tersebut. Apabila Automation SMS mengesan sms yang mengandungi unsubscribe keyword, nombor berkenaan diforward kepada semua smartpone tersebut untuk turut sama melakukan proses unsubscribe secara automatik.

Pastikan anda thick pada Turn on auto unsubscribe untuk mengaktifkan fungsi ini.

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)