Fungsi Manage Blacklist berfungsi untuk menyenaraikan nombor telefon yang telah disenaraihitamkan (disekat atau dibanned) daripada menerima sebarang bentuk sms yang bakal anda hantarkan.

Nombor yang disenaraikan didalam Manage Blacklist ini akan disekat daripada menerima:

  1. SMS Pukal
  2. SMS Autoreply
  3. SMS Follow Up
  4. SMS Berjadual

 

Anda boleh menguruskan Manage Blacklist ini dengan cara:

A. Menerusi fungsi ‘unsubscribe’ pada menu didalam ‘Manage Group and Contacts’.

  1. Klik pada ‘Manage Group and Contacts’.
  2. Klik pada contacts yang anda mahu senaraihitamkan.
  3. Pada menu dibahagian atas, klik pada ‘unsubscribe’.
  4. Biarkan secara default thick paa Also unsubscribe from the other lists and move to blacklist.
  5. Sistem akan turut menyemak pada keseluruhan campaign list anda dan sekiranya ada, contacts tersebut juga akan diblacklist.

 

B. Menaip ke dalam ruangan Manage Blacklist.

  1. Anda boleh terus menaip nombor secara manual didalam menu Manage Blacklist ini.
  2. Klik Save.

 

Anda boleh mempertimbangkan untuk menyenaraihitamkan maklumat yang disyaki palsu dan tidak sahih. Biasanya terjadi jika anda menggunakan fungsi autosubscription seperti Autoreply dan Webform.

 

Tips: Fungsi Manage Blacklist membantu anda menjimatkan kos kredit sms anda dibazirkan dari menghantar ke senarai nombor telefon palsu atau tidak wujud.

 

Nota: Automation SMS juga akan turut menyenaraikan mana-mana database anda yang menghantarkan sms unsubsciptions kepada anda. (Akan diterangkan dengan lebih terperinci dalam fungsi Manage Unsubscriptions nanti).

 

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)