Fungsi Intergration merupakan fungsi paling terkini dan terbaru yang telah dibangunkan dalam Automation SMS dan tidak terdapat pada mana-mana aplikasi yang lain.

Fungsi ini merupakan fungsi yang cukup hebat kerana anda boleh integrasikan pemasaran sms dan pemasaran email secara serentak. Kini anda boleh menjalankan pemasaran yang cukup berkesan dan efektif menggunakan 2 platform pemasaran sms dan email bersama-sama.

Malierlite adalah salah satu penyedia email autoresponder yang terkenal untuk melakukan pemasaran email dan telah diintergasikan kedalam Automation SMS. Anda perlu mendaftarkan akaun secara percuma terlebih dahulu untuk menggunakan fungsi ini. Sekiranya anda belum mendaftar, klik disini untuk mendaftar.

Kelebihan fungsi intergration ini.

  1. Membantu anda menjalankan pemasaran email bersama dengan pemasaran sms.
  2. Memudahkan anda mencapai prospek/database menerusi satu lagi platform pemasaran yang efektif.
  3. Menyimpan dan mengumpul database (contacts/subscriber) ke dalam 2 platform pemasaran yang berbeza secara automatik.
  4. Melakukan pemasaran (seperti sms blasting, email broadcasting, automatik follow up) di kedua-dua platform secara serentak.

 

Tips: Pemasaran email juga merupakan salah satu kaedah pemasaran database menerusi saluran email. Email juga merupakan teknik yang sangat powerful dan efektif dalam menghasilkan jualan dan pemasaran. Anda juga amat disarankan untuk turut melakukan pemasaran email!
Hanya Mailerlite saja yang boleh diintergrasikan setakat ini. Servis lain mungkin akan ditambah pada masa akan datang.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)