Sebelum anda boleh menggunakan pemasaran sms dan email menerusi Mailerlite, anda haruslah mengintergrasikan terlebih dahulu akaun anda dengan memasukkan API key.

Fungsi ini adalah optional saja, bagi anda yang nak melakukan pemasaran email. Jika anda tidak berhasrat menggunakan pemasaran email, anda boleh abaikan setting dan fungsi intergration ini.

Cara mendapatkan API key:

  1. Pada menu, klik pada Mailerlite.
  2. Pada sub-menu sebelah atas, klik pada setting.
  3. Klik pada butang Help untuk direct ke log masuk (login) ke akaun Mailerlite anda.
  4. Masukkan email dan password yang betul
  5. Anda akan terus dapat melihat page Developer API > APi Key.
  6. Copy API Key tersebut.
  7. Buka semula aplikasi Automation SMS > Mailerlite > Setting > paste kan API tersebut diruangan Input Mailerlite API Key:.
  8. Klik Ok.

Tahniah! Intergrasi Mailerlite anda telah berjaya!

p/s Optional – Satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan API key adalah dengan:
Klik Menu (atas sebelah kanan) > Intergration > Developer API.

 

Nota: Pastikan anda telah mendaftarkan di Mailerlite dan login ke akaun anda untuk mendapatkan API key.
 

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)