Didalam menu Schedule Your SMS, terdapat satu fungsi tambahan iaitu fungsi Continue after untuk membantu anda mengawal penghantaran sms berjadual secara berperingkat terutama sekali jika melibatkan proses penghantaran yang besar.

Fungsi continue after membantu:

  1. Menghantar sms berjadual yang besar secara berperingkat dalam kuantiti yang lebih kecil.
  2. Memanjangkan tempoh penghantaran untuk mengurangkan risiko di blok.
  3. Memastikan semua sms berjaya dihantar dan dalam yang sama dengan mengawal penghantaran yang selamat.

Langkah setting continue after:

  1. Klik pada menu, Schedule your SMS.
  2. Klik pada icon + untuk add new schedule.
  3. Pada bahagian continue after, masukkan nilai (dalam minit). Default setting adalah 0.
    (0 bermaksud abaikan (disable) fungsi ini).
  4. Anda juga perlu berikan tetapan didalam menu Send SMS > Number of SMS for each sending. Masukkan nilai maksima sms yang hendak dihadkan.

 

Tips: Untuk boleh setkan berapa saja nilai (dalam minit) yang dikehendaki. Contoh 30 minit, 60 minit, 90 minit, 120 minit dan sebagainya, Setting yang ideal adalah 60 minit.
 

Nota: Pastikan anda setkan pada menu Send SMS > Number of SMS for each sending untuk menetapkan had maksima penghantaran.
 

Contoh: Sekiranya anda ingin menghantar sejumlah 500 sms, dimana setting continue after adalah 60 minit dan Number of SMS for each sending dihadkan kepada 200 sms, maka penghantaran adalah seperti berikut:

  • Peringkat pertama: 200 sms dihantar, dan akan bersambung semula selepas 1 jam.
  • Peringkat kedua: 200 sms lagi dihantar, dan akan bersambung semula selepas 1 jam.
  • Peringkat ketiga: Baki 100 sms lagi dihantar.

Oleh itu, jumlah 500 sms tersebut dihantar dalam 3 peringkat dan mengambil masa sekitar 2 – 3 jam.

 

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Artikel Menarik Berkaitan...