Video tutorial ini akan menunjukkan langkah demi langkah cara untuk setting manage subcriptions bagi mengumpul senarai database dengan kaedah auto subscriptions serta menyimpan list secara automatik ke dalam kempen pemasaran sms anda.

 

Tips: Antara fungsi hebat Automation SMS, selain anda boleh melakukan auto subscriptions anda juga menguruskan banyak produk atau list hanya dari satu aplikasi yang sama tanpa perlukan smartphone yang berbeza. Memudahkan anda menguruskan semua kempen promosi untuk pelbagai produk dan list hanya dari satu app yang sama.
 

A. Langkah untuk mengaktifkan auto subscriptions:

 

  1. Klik pada Manage Subscriptions > pilih list yang anda nak setkan (dalam contoh diatas adalah Produk A)
  2. Klik pada list tersebut (contoh produk A) > klik pada Edit (icon pensil) pada menu.
  3. Terdapat 2 pilihan:
    1. Always subscribe new phone number – Sistem akan detect semua sms yang diterima, samada mengandungi keyword atau tidak dan capture list tersebut untuk disimpan ke dalam database list berkenaan.
    2. Subscribe base on keyword – Sistem akan capture dan simpan database tersebut berdasarkan keyword yang disetkan saja. SMS yang diterima tidak mengandungi keyword akan diabaikan. – DISARANKAN!
  4. Thick pada Turn on auto subscribe.(tanda berwarna hijau)

Tahniah! Kini anda dah pun berjaya mengaktifkan auto subscriptions!

 

Nota: Secara default, jika anda memilih mana-mana pilihan samada Always subscribe new phone number atau Subscribe base on keyword, aplikasi akan tetap menyimpan nombor telefon prospek anda ke dalam database.
 

Tips: Sebaiknya gunakan keword yang pendek dan ringkas iaitu kurang dari 5 abjad. Keyword boleh berupa huruf besar (cth: PRA),  atau huruf kecil (cth:; pra), gabungan huruf besar dan kecil (cth: prA), atau gabungan abjad dan nombor (cth: PR123), atau nombor saja (cth: 123) .
 

Walaubagaimana pun, anda disarankan untuk menyimpan tambahan 2 lagi data prospek iaitu NAMA dan EMAIL.Data ini sangat berguna dalam pemasaran anda pada masa akan datang.

 

B. Langkah untuk capture EMAIL prospek anda:

 

  1. Pada bahagian advanced configuration > pastikan anda thick (tanda warna hijau) pada kotak Fill contact email base on incoming message.
  2. Anda boleh biarkan saja ruang kotak putih tersebut kerana aplikasi ini berkebolehan untuk detect simbol ‘@’ secara automatik dan assign sebagai alamat email.

 

Nota: Menyimpan alamat email adalah pilihan saja. Sekiranya anda tidak berhasrat untuk melakukan pemasaran email, anda boleh abaikan fungsi ini.
 

Seperti yang dinyatakan diatas, sangat penting anda menyimpan NAMA prospek. Ianya boleh dikategorikan sebagai WAJIB dalam pemasaran database. Anda boleh personalise nama prospek dengan mudah dalam kempen promosi sms anda kelak.

 

C. Langkah untuk capture NAMA prospek anda:

 

  1. Thick (tanda warna hijau) pada Fill contact name base on incoming message.
  2. Pada ruangan Contain keywords, pastikan anda memasukkan keyword yang sama yang telah anda setkan pada Subscribe base on keyword mula-mula tadi (rujuk pada bahagian A sub-point b diatas).
  3. Pada ruangan terakhir Which keyword position of incoming message to extract Name, anda boleh biarkan saja, tak perlu usik apa-apa (default setting adalah 0),

 

Tips: Aplikasi ini mempunyai intelligent capture dimana ia berkebolehan untuk mengisikan First Name, Surname dan Name prospek anda secara automatik. Anda boleh melihat data tersebut didalam menu Manage Groups and Contacts kemudian.
 

Format SMS yang betul.

Paling penting anda perlu berikan arahan (Call to action) yang jelas kepada prospek anda. Supaya mereka tahu apakah keyword yang betul untuk mereka hantarkan.

Dibawah ini adalah contoh format SMS yang betul untuk diberikan pada prospek anda, Format ini adalah format standard yang digunakan di seluruh dunia dalam pemasaran sms.

 

KEYWORD NAMA EMAIL dan dihantar ke nombor 019XXXXXX.
 

Contoh: PRA Affendi Hussin affendihussin@gmail.com dan dihantar ke nombor 019XXXXXX

Dimana: 
PRA = KEYWORD
Affendi Hussin = NAMA
affendihussin@gmail.com = EMAIL

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)