Autoreply merupakan fungsi yang sangat hebat dalam pemasaran sms. Autoreply membantu anda menghantar dan menjawab kembali reply sms prospek dengan pantas tanpa perlu anda menaip satu persatu sms prospek secara manual.

 

Tips: Anda boleh create unlimited autoreply. Anda boleh setkan autoreply untuk dihantar ke semua list atau anda boleh setkan satu autoreply untuk dihantar ke spesifik list.
 

Anda hanya perlu setkan keyword tertentu bersama dengan kandungan mesej yang ingin direply kepada prospek atau pelanggan anda. Sebaik saja app mengesan keyword tersebut, kandungan sms yang telah anda setkan akan di reply kembali kepada prospek anda.

 

Nota: Autoreply akan berfungsi menjawab sms reply sekiranya contact tersebut wujud dalam mana-mana list anda. Anda boleh turn on auto subscriptions untuk reply nombor telefon yang tiada dalam list.
 

Cara setting autoreply.

  1. Pada menu utama, klik pada Auto Reply.
  2. Klik pada icon + untuk add new auto reply.
  3. Terdapat 2 pilihan:
    1. List : Pilih list untuk autoreply dihantar kepada spesifik list saja.
    2. All list : Autoreply kepada semua contact yang wujud pada mana-mana list.
  4. Pastikan anda thick pada activate untuk mengaktifkan autoreply ini. Jika tidak, autoreply tidak akan berfungsi.
  5. Pada ruangan keyword, masukkan keyword anda.
  6. Masukkan mesej anda diruangan Autoresponder message. Anda boleh masukkan #tags# untuk tujuan personalise.
  7. Forwad to phone sekiranya anda nak forwardkan ke telefon lain. Masukkan nombor telefon tersebut disini.
  8. Sekiranya anda hendak memindahkan contact tersebut secara automatik sebaik saja contact anda response ke autoreply ini, anda boleh aktifkan fungsi Move to contact to dan pilih list yang ingin anda pindahkan.
  9. Delay sending after sekiranya anda nak tunda seketika penghantaran autoreply ini. 0 bermaksud serta merta.
  10. Klik Ok.

 

Tips: Anda boleh setkan unlimited keyword. Pisahkan dengan koma untuk masukkan banyak keyword.
 

Tips: Untuk menjadikan autoreply anda lebih efektif, anda boleh aktifkan bersama dengan fungsi Manage Subscriptions untuk capture database prospek atau pelanggan. Pastikan keyword yang disetkan adalah sama di kedua-dua bahagian. Subscription rules akan trigger sebelum autoreply.
 

Tips: Untuk autoreply ke 2, ke 3 dan seterusnya, memadai dengan arahkan prospek anda hantar keyword yang pendek saja tanpa perlu disertakan nama dan email lagi. Ianya akan membantu memudahkan prospek anda dan mempercepatkan komunikasi dua hala. Format sms hanya digunakan sekali saja pada permulaan. Sistem akan detect data contact secara automatik didalam database untuk tujuan personalise.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)