Auto Follow Up merupakan salah satu fungsi terhebat dan sangat powerful didalam Automation SMS dan tidak terdapat dalam mana-mana aplikasi yang lain. Auto follow up sangat berguna dalam pemasaran dan membantu dalam bisnes anda. Ianya juga dikenali sebagai set and forget.

 

Tips: Anda boleh create unlimited Auto Follow Up mesej. Anda juga boleh setkan mesej follow up untuk dihantar ke semua list ATAU menghantar spesifik sms kepada list tertentu.
 

Auto Follow Up berfungsi dalam membantu:

  1. Menghantar siri-siri sms yang disetkan secara automatik kepada database anda.
  2. Follow up prospek anda tanpa perlu anda menaip sms berulang-ulang kali.
  3. Sms promosi boleh dihantar secara konsisten dengan hanya setkan masa follow up.
  4. Menjimatkan banyak masa, kos dan tenaga berbanding melakukannya secara manual.
  5. Dan pelbagai kelebihan lagi.

 

Langkah-langkah setting Auto Follow Up:

  1.  Pada menu utama, klik pada Auto Follow Up
  2. klik pada icon + untuk menambah Follow Up
  3. Pilih list yang anda inginkan
  4. Pastikan anda thick pada Active untuk aktifkan mesej follow up.
  5. Taipkan mesej follow up anda diruangan yang disediakan.
  6. Setkan bila sms follow up ini akan dihantar, samada hari, jam atau minit.
  7. Klik Ok.
  8. Anda boleh ulang proses diatas untuk create lebih banyak mesej follow up.

 

Nota: Mesej Auto Follow Up akan trigger berdasarkan pada tarikh dan masa contact anda subscribe ke dalam list anda. Setkan minima 5 minit kerana apps akan periksa setiap 5 minit. Setting yang ideal adalah setiap 2-3 hari sekali.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This