Mencipta Webform

Webform (atau juga dikenali sebagai optin form) merupakan antara fungsi yang sangat hebat dan powerful dibangunkan dalam app Automation SMS ini. Fungsi ini tidak terdapat dalam mana-mana app didalam pasaran setakat ini dan merupakan yang pertama sekali dibangunkan khusus untuk pemasaran SMS.

Apabila anda menggunakan webform, anda telah pun mempunyai satu lagi kelebihan untuk mengumpul senarai database secara automatik tanpa perlu melakukan apa-apa setting pada manage subscriptions.

Kini anda boleh berinteraksi dengan database anda menerusi sms dan email dengan efektif!

 

Nota: Webform hanya khusus jika anda mempunyai website dan sangat membantu mengumpul database pelawat web anda secara automatik,

 

Setelah webform ini diletakkan didalam website, pelawat boleh mengisikan maklumat seperti nama, email dan nombor telefon mereka kedalam webform berkenaan. Sistem akan berhubung dengan smartphone anda untuk dihantar dan menyimpan database tersebut ke dalam list.

 

Tips: Anda masih boleh menggunakan webform ini untuk capture database walaupun anda tidak menggunakan autoresponder Mailerlite, Intergrasi bersama email autoresponder cuma optional saja!

 

 

Cara untuk menghasilkan webform:

  1. Pada menu utama, klik pada Webform
  2. Klik icon add new (+)
  3. Masukkan Tittle untuk dipaparkan di webform anda.
  4. Berikan subtitle yang bersesuaian
  5. Masukkan Button Title (seperti download sekarang).
  6. Masukkan Redirect URL atau Thank you message. Anda boleh berikan link thank you page atau masukkan text terima kasih. Jika dibiarkan kosong, default thank you message akan dipaparkan.
  7. Thick pada ketiga-tiga fields Phone, Email & Name. Anda juga boleh unthick mana-mana fields jika anda tidak mahu menggunakannya.
  8. Select pada Embed. Fungsi popup masih belum boleh digunakan.
  9. Pilih list mana yang anda nak simpan pada Add to list.

Seterusnya anda boleh…

  • Save & Preview – untuk save setting yang telah anda lakukan dan preview webform tersebut.
  • HTML Code- Klik untuk copy html code webform berkenaan untuk di paste di website.
  • Close – Untuk keluar ke menu utama webform

 

Cara untuk masukkan webform ke website.

  1. Login ke ruangan admin website anda.
  2. Sekiranya anda menggunakan page builder, anda boleh paste kan HTML Code webform yang telah anda save tadi ke dalam page builder module anda.
  3. Klik save dan publish page anda.
  4. Anda boleh melihat webform tersebut telah dipaparkan di website anda.
  5. Anda digalakkan untuk melakukan ujicuba keatas webform berkenaan untuk melihat keberkesanan webform tersebut.

 

Nota: Bergantung kepada jenis & sistem website anda, cara memasukkan webform yang ditunjukkan mungkin sedikit berbeza, Sila berhubung dengan developer anda untuk mendapatkan bantuan.

 

Tahniah, kini anda telah pun berjaya memasukkan webform ke dalam website anda! Ianya tidaklah sesukar yang anda bayangkan, semudah copy dan paste saja..

 

Tips: Sekiranya anda mahir dengan html code, anda boleh mengubahsuai layout webform tersebut mengikut kesukaan anda. .

 

Nota: Pastikan smartphone anda sentiasa mempunyai sambungan internet samada menggunakan data atau wifi untuk membolehkan sistem sentiasa berhubung. Jika anda terputus talian internet, data prospek akan disimpan buat sementara didalam server sehingga anda mempunyai sambungan talian internet semula,

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Cara Sync Mailerlite Subscriber Group

Untuk membolehkan anda synchronise semua senarai database diantara app Automation SMS dengan email autoresponder Mailerlite, anda harus melakukan setting terlebih dahulu. Synchronise ini bertujuan untuk anda menyimpan semua senarai database dari kempen list anda untuk dihantar dan disimpan kedalam Mailerlite secara automatik.

Anda perlu mendapatkan Group ID dari Mailerlite untuk untuk synchronise diantara kedua-duanya,

Cara untuk sync Mailerlite:

  1. Klik pada menu Mailerlite.
  2. Pilih List mana yang anda mahu synhronise kan.
  3. Masukkan Mailerlite Group ID anda didalam kotak berkenaan.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang Mailerlite Group, sila create new group terlebih dahulu untuk mendapatkan id group tersebut. Ikut langkah dibawah untuk cara create Mailerlite group.

 

Cara untuk Create New Mailerlite Subscriber Group.

(Sekiranya anda sudah mempunyai subscriber group abaikan langkah ini).

  1. Klik pada menu > Add new group
  2. Masukkan group name anda dan anda boleh melihat group baru yang anda baru bina tadi.
  3. Klik pada menu semula > klik pada Intergration
  4. Klik pada Developers API atau button use tersebut
  5. Cari semula nama group berkenaan dan dapatkan Group ID.
  6. Copy group id berkenaan.dan pastekan didalam app Automation SMS (rujuk langkah diatas)

Tahniah! Anda sudah pun berjaya melakukan synchronise database secara automatik dengan Mailerlite!

 

Tips: Dengan melakukan syncronise secara automatik ini, anda boleh menghantar email follow up dan email campaign (atau disebut email broadcast) kepada database yang tersimpan didalam subscribe group Mailerlite anda. Anda kini mempunyai 2 platform pemasaran yang efektif dan berkesan!

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Intergrate Mailerlite Email Autoresponder

Sebelum anda boleh menggunakan pemasaran sms dan email menerusi Mailerlite, anda haruslah mengintergrasikan terlebih dahulu akaun anda dengan memasukkan API key.

Fungsi ini adalah optional saja, bagi anda yang nak melakukan pemasaran email. Jika anda tidak berhasrat menggunakan pemasaran email, anda boleh abaikan setting dan fungsi intergration ini.

Cara mendapatkan API key:

  1. Pada menu, klik pada Mailerlite.
  2. Pada sub-menu sebelah atas, klik pada setting.
  3. Klik pada butang Help untuk direct ke log masuk (login) ke akaun Mailerlite anda.
  4. Masukkan email dan password yang betul
  5. Anda akan terus dapat melihat page Developer API > APi Key.
  6. Copy API Key tersebut.
  7. Buka semula aplikasi Automation SMS > Mailerlite > Setting > paste kan API tersebut diruangan Input Mailerlite API Key:.
  8. Klik Ok.

Tahniah! Intergrasi Mailerlite anda telah berjaya!

p/s Optional – Satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan API key adalah dengan:
Klik Menu (atas sebelah kanan) > Intergration > Developer API.

 

Nota: Pastikan anda telah mendaftarkan di Mailerlite dan login ke akaun anda untuk mendapatkan API key.
 

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Intergration Overview

Fungsi Intergration merupakan fungsi paling terkini dan terbaru yang telah dibangunkan dalam Automation SMS dan tidak terdapat pada mana-mana aplikasi yang lain.

Fungsi ini merupakan fungsi yang cukup hebat kerana anda boleh integrasikan pemasaran sms dan pemasaran email secara serentak. Kini anda boleh menjalankan pemasaran yang cukup berkesan dan efektif menggunakan 2 platform pemasaran sms dan email bersama-sama.

Malierlite adalah salah satu penyedia email autoresponder yang terkenal untuk melakukan pemasaran email dan telah diintergasikan kedalam Automation SMS. Anda perlu mendaftarkan akaun secara percuma terlebih dahulu untuk menggunakan fungsi ini. Sekiranya anda belum mendaftar, klik disini untuk mendaftar.

Kelebihan fungsi intergration ini.

  1. Membantu anda menjalankan pemasaran email bersama dengan pemasaran sms.
  2. Memudahkan anda mencapai prospek/database menerusi satu lagi platform pemasaran yang efektif.
  3. Menyimpan dan mengumpul database (contacts/subscriber) ke dalam 2 platform pemasaran yang berbeza secara automatik.
  4. Melakukan pemasaran (seperti sms blasting, email broadcasting, automatik follow up) di kedua-dua platform secara serentak.

 

Tips: Pemasaran email juga merupakan salah satu kaedah pemasaran database menerusi saluran email. Email juga merupakan teknik yang sangat powerful dan efektif dalam menghasilkan jualan dan pemasaran. Anda juga amat disarankan untuk turut melakukan pemasaran email!
Hanya Mailerlite saja yang boleh diintergrasikan setakat ini. Servis lain mungkin akan ditambah pada masa akan datang.

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)

Manage Unsubscriptions

Oleh kerana Automation SMS berkeupayaan untuk capture database anda secara automatik menerusi fungsi Manage Subscriptions dan fungsi Webform, ia juga sebenarnya berkeupayaan untuk melakukan unsubscriptions secara automatik.

Fungsi yang agak hebat ini, menjimatkan masa dan tenaga anda dari melakukan proses unsubscribe secara manual kepada database yang mungkin tidak lagi berminat untuk menerima sebarang bentuk pemasaran sms daripada anda.

Mereka boleh unsubscribe secara automatik dengan hanya menghantar satu sms mudah kepada anda!

A. Select auto unsubscribe option.

Anda boleh mengarahkan sistem untuk melakukan operasi berikut sekiranya app mengesan unsubscribe sms.

  1. Remove unsubscribe phone form all of the list – Maklumat unsubscriber tersebut akan dipadamkan dari semua senarai kempen list anda. (Disarankan).
  2. Just unsubscribe phone from all of the list – Contacts tersebut akan di unsubscribe dari semua senarai kempen list anda tetapi masih kekal disimpan dalam database anda. Anda masih boleh melihat data dan maklumat unsubscriber telah ditandakan merah ‘X’.

 

Nota: Dalam kedua-dua keadaan diatas, nombor telefon unsubscriber berkenaan juga akan turut disenaraikan dalam Manage Blacklist. Unsubscriber tersebut tidak boleh kembali subscribe ke dalam kempen list anda melainkan anda remove nombor telefon tersebut secara manual.

 

B. Unsubscribe keywords.

Secara default, anda boleh melihat senarai unsubscribe keyword yang telah tersedia untuk anda. Anda juga boleh menambah lebih banyak keyword yang bersesuaian dan perlu dipisahkan dengan koma (comma separated). App Automation SMS akan mengesan keyword berkenaan dan menjalankan proses unsubscribe secara automatik.

 

Tips: Sebaiknya anda berikan arahan yang jelas kepada setiap database anda supaya proses unsubscribe secara automatik ini boleh dilakukan oleh mereka sendiri dengan lancar. Mereka cuma perlu menghantar satu sms mudah! 

 

  1. Match exactly keyword/key phrase (case insensitive) – SMS yang diterima mesti tepat dan sama seperti unsubscribe keyword.
  2. Contains keyword/key phrase (case insensitive) – SMS yang diterima mesti mengandungi tetpi tidak semestinya tepat seperti unsubscribe keyword.

 

D. Unsubscribe reply message

Anda boleh setkan sms ringkas dibahagian ini untuk di reply kepada unsubscriber tersebut. Ini merupakan sms terakhir yang akan diterima kerana selepas di unsubscribe dan diletakkan dalam senarai Manage Blacklist, mereka tidak lagi akan menerima apa-apa sms dari anda pada masa akan datang. Fungsi ini menyamai fungsi autoreply.

Walau bagaimanapun, reply message ini adalah optional saja, dan anda boleh biarkan kosong sekiranya anda berhasrat untuk tidak menghantar apa-apa sms reply.

 

D. Forward unsubscribed number to

Fungsi ini merupakan fungsi advanced, dan ia sangat sesuai untuk anda yang mempunyai lebih dari satu installation app Automation SMS. Contohnya anda install app Automation SMS ke dalam 2-3 smartphone android yang berbeza.

Situasi sebegini kebiasaannya jika anda mempunyai ramai staff atau team yang membantu dalam aktiviti pemasaran anda.

Fungsi ini membolehkan anda melakukan proses unsubscribe secara automatik kepada semua samrtphone tersebut. Apabila Automation SMS mengesan sms yang mengandungi unsubscribe keyword, nombor berkenaan diforward kepada semua smartpone tersebut untuk turut sama melakukan proses unsubscribe secara automatik.

Pastikan anda thick pada Turn on auto unsubscribe untuk mengaktifkan fungsi ini.

 

Affendi Hussin

Affendi Hussin

Founder at MastaMobile
Masta Mobile diasaskan oleh Affendi Hussin untuk berkongsi segala kepakaran, teknik dan strategi pemasarannya untuk rujukan dan membantu lebih ramai usahawan online. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran mobile dan internet marketing sejak 2010 lagi..
Affendi Hussin

Latest posts by Affendi Hussin (see all)